Monday, February 1, 2010

Karangan Syarahan

Karangan UPSR 2009. .. Karangan Syarahan "Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang"
Karangan

Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cvara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.

Karangan Bergambar

CONTOH KARANGAN

Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal

· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.

· Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas

· Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.

· Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.

· Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.

Karangan Bergambar Bersiri

· Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.

· Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.

· Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .

· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.

· Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.

Faedah Membaca

Karangan

Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

POSTED BY NOOR AZMAN MAHAT AT 7:07 PM

KESALAHAN BAHASA

KESALAHAN TATABAHASA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR

Kata Majmuk Mantap

Semua kata majmuk hendaklah dijarakkan penulisannya contohnya ‘kereta api’ dan ’ibu bapa’ kecuali kata majmuk yang tetah pun mantap seperti di bawah.

· Antarabangsa

· Beritahu

· Bumiputera

· Kakitangan

· Kerjasama

· Matahari

· Olahraga

· Pesuruhjaya

· Setiausaha

· Sukarela

· Suruhanjaya

· Tandatangan

· Tanggungjawab

· Warganegara

Rangkai kata bebas

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar

Salah

Betul

Acapkali

Acap kali

Aturcara

Atur cara

Bandaraya

Bandar raya

Ibubapa

Ibu bapa

Gambarajah

Gambar rajah

Kapalterbang

Kapal terbang

Lebuhraya

Lebuh raya

Keretapi

Kereta api

Rekabentuk

Reka bentuk

Rumahtangga

Rumah tangga

Surirumah

Suri rumah

Samada

Sama ada

Suratkhabar

Surat khabar

Segitiga

Segi tiga

Tengahari

Tengah hari

Temuramah

Temu ramah

Terimakasih

Terima kasih

Ulangkaji

Ulang kaji

Kata Penguat Bebas

Kata penguat iaitu ‘Ter’,’Paling’,’Sekali’ tidak boleh hadir serentak .Pada amnya ,hanya satu penanda darjah penghabisan boleh hadir.Oleh itu ayat ‘terbesar sekali;’paling indah sekali’’paling besar sekali’ ‘terpandai sekali’dan ‘tercantik sekali’ tidak gramatis kerana masing masing membawa darjah penghabisan.Walau bagaimanapun ,awalan ‘ter’dan ‘sekali’ boleh hadir dengan tiga kata penguat bebas iaitu

1.amat

2.sangat

3.sungguh

Contohnya

· Teramat buruk

· Teramat mulia

· Tersangat bijak

· Tersangat bersih

· Amat pandai sekali

· Sungguh pandai sekali

· Sangat lincah sekali

Kata sendi nama ‘di’

Kata sendi nama ‘di’ hendaklah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa yang menunjukkan tempat.Kata sendi ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu ,masa atau zaman.

Salah

Betul

DiKuala Lumpur

Di Kuala Lumpur

Disana

Di sana

Di antara satu sama lain

Antara satu sama lain

Di dalam keadaan

Dalam keadaan

Di antara perlabai kaum

Antara pelbagai kaum

Di antara punca

Antara punca

Dikawasan

Di kawasan

Di antara mereka

Antara mereka

Di dalam suasana

Dalam suasana

Kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’

Kata sendi dari digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan arah,tempat atau waktu sahaja.Kata sendi ‘daripada’ pula hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia,haiwan,benda,asal kejadian dan perbandingan .

Salah

Betul

Dari konteks

Daripada konteks

Dari perbagai

Daripada pelbagai

Daripada Dalam

Dari dalam

Daripada Kuala Lumpur

Dari Kuala Lumpur

….daripada pagi hingga

…dari pagi hingga..

Diperbuat dari kayu

Diperbuat daripada kayu

…lebih tinggi dari Abu

…lebih tinggi daripada Abu

Kata hubung pancangan relatif ‘yang’

Kata hubung relatif yang tidak boleh diikuti dengan perkataan mana.Ia berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.

Salah

Betul

yang mana para pelajarnya

para pelajarnya

yang mana lebih baik

yang lebih baik

Kosa kata ‘ berbagai,berbagai-bagai dan pelbagai’

Kata berbagai bermaksud berbanding ,bersamaan

Berbagai-bagai bermaksud bagai-bagai,bermacam-macam,berjenis-jenis,beberapa yang berlainan.

Pelbagai bermaksud pelbagai,berbagai-bagai,beberapa jenis

Salah

Betul

Berbagai usaha

Berbagai-bagai usaha atau

Pelbagai usaha

Berbagai juadah

Pelbagai juadah

‘Ramai’ dan ‘Banyak’

Ramai ditakrif sebagai riuh rendah,hiruk-pikuk(banyak suara dan lain-lain),sangat hebat,dahsyat(peperangan) dan banyak (orang).Makna utama bagi kata ramai ialah untuk menunjukkan suasana.

Banyak menunjukkan menunjukkan hubungan dengan jumlah atau bilangan tidak kira manusia ,benda atau binatang.Oleh itu tidak salah menggunakan banyak untuk menusia seperti anggapan sesetangah pengamal bahasa.

Contoh ayat

· Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

· Orang ramai berpusu-pusu menyerbu….

· Orang ramai yang hadir ingin mendengar ucapan daripada peminpin negara.

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

· Ialah=hadir di hadapan frasa nama

· Adalah=hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh

· Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.

· Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik

Nota

1. kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata naïf.

Contoh:siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab(salah)

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab(betul)

2. kekecualian:kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata naïf dan frasa adjektif.

Contoh:kenyataan itu adalah tidak benar.(betul)

Kenyataan itu tidak benar.(betul)

3. kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Contoh:(a)Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.(salah)

Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup

esok.(betul)

(b)Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat.(salah)

Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.(betul)

Antara dan Di antara

Antara merupakan kata tugas berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah bergantung kepada penggunaan ayat .Kata sendi antara boleh menunjukkan perbandingan dan diikuti oleh kata nama yang tidak perlu diulang.Kata sendi antara juga boleh diikuti kata nama yang mengalami penggandaan dan kata bilangan tertentu.

Selain itu kata sendi nama antara boleh diikuti oleh kata ganti diri seperti mereka,kita dan –nya.Apabila kata sendi antara dan imbuhan ‘di’ digunakan ia mesti dipadankan dengan kata sendi ‘dengan’ bukan kata hubung ‘dan’.Bahkan kata sendi antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama ‘hingga’

Contoh

· Inilah antara hal yang mesti difahami dalam bidang pembentukan kata.

· Antara Kota Bharu dengan Pasir Mas ,banyak perbezaannya.

· Antara bandar dan desa,bandarlah yang lebih banyak kemudahannya.

· Hubungan politik dan ekonomi telah lama wujud antara wilayah Patani dengan negeri Kelantan.

· Mereka berunding antara adik beradik.

· …….perhubungan antara kedua-dua Negara

· Antara dua bangunan banyak perbezaannya.

· Antaranya,keluargalah yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan anak-anak.

· ………….di antara Kota Bharu dengan Pasir Tumbuh

· ………….di antara kerajaan dengan rakyat….

· ………….antara 10% hingga 50 %...

· ………….antara pagi hingga petang

· ………….antara lain

· ………….antara satu sama lain

· …………..antara satu dengan yang lain

‘dan’ dapat digunakan apabila kata sendi antara diikuti lebih daripada dua frasa nama.

….perundingan ekonomi antara Perdana Menteri Malaysia,Perdana Menteri Thailand perdana Menteri Singapura.

Imbuhan Awalan Yunani –Latin –Inggeris

Pro

Supra

Hipe

Kilo

Tele

Oksi

Peri

pleo

Anti

Hereto

Infra

Makro

Multi

Paleo

Petro

Super

Mono

Heksa

Inter

Meta

Neo

Para

Feno

Poli

Hidro

Intra

Mikro

Neuro

Pasca

Foto

Auto

Homo

Iso

Mili

Orto

Penta

Fito

Fotometri

Fitokrom

Pleonasme

Superset

Lisme

Fomonik

Saintifik

Polorisasi

Praktikal

Sistematik

Fitohormon

Supersonic

Realisme

Fonetik

Potensi

Kritikal

Magis

Fitoiklim

Pleoarus

Sosialisme

Idealisme

Klasifikasi

Ekonomis

Kritis

Fitotoksin

Pleoneksia

Superstruktur

kolonialisme

Kapitalisme

Nasionalisme

Linguistik

Revolusi

Klinikal

praktis

Kekeliruan tentang apitan Pe…..an dengan Per…..an

Bentuk apitan pe…an adalah sekeluarga dengan bentuk apitan pen…an,peng….an dan penge…an

Apitan pe…an berasal dari me…,men…,meng.. dan menge..

Apitan per..an ada hubungan dengan kata kata berlawan dengan kata-kata yang berawalan ber,be dan bel.

Kata berawalan me..

Betul

Salah

Melaksanakan

Pelaksanaan

Perlaksanaan

Melantik

Pelantikan

Perlantikan

Menswastakan

Penswastaan

Pengswastaan

Mengebom

Pengebom

Pengboman

Meletakkan

Peletakan

perletakan

Mengecam

Pengecaman

pengcaman

Kata berawalan ber,be dan bel

Betul

Salah

Bekerja

Pekerjaan

Perkerjaan

Belajar

Pelajaran

Perlajaran

Berlaku

Perlakuan

Pelakuan

Bersinggah

Persinggahan

Pesinggahan

Berkampung

Perkampungan

Pekampungan

Bergelabg

Pergelangan

Pegelangan

Bermandi

Permandian

Pemandian

bergunung

Pergunungan

pegunungan

Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

Ayat Aktif

Ayat aktif mempunyai kata kerja transitif imbuhan men,memper,men…kan,mem…kan dan meper…i

Contoh

· Abu menendang bola.

· Karim memperkecil keupayaan anaknya.

· Budin mengumpulkan barang-barang lama sejak dari kecil lagi.

· Mamat ingin menemui pengetua untuk memohon cuti.

· Tun Braim Bapa memperhambakan dirinya kepada Sultan Ahmad.

· Salmah mempersetujui cadangan yang diberikan oleh anaknya.

Ayat Pasif

Ayat pasif biasanya menggunakan imbuhan di atau dikenal ayat pasif diri ketiga.

Ayat.pasif menggunakan imbuhan di..,diper..,di..kan,di..i,diper..kan,dan diper..i

Biasanya ayat pasif diri ketiga menggunakan kata ganti orang ketiga seperti dia,beliau ,baginda dan mereka.

Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat pasif berawalan di dan diikuti frasa sendi oleh,ia dikenali sebagai ayat pasif diri ketiga.

Contoh

· Bola itu ditendang oleh Abu.

· Rumah itu diperbesarkan oleh Daud.

· Buku itu telah saya abaca.

· Buku itu telah saya pulangkan.

· Nenek telah anda ziarahi.

· Tempat itu telah saya kunjungi.

· Cadangan Aminah dipersetujui oleh ibunya.

· Bunga itu telah dipetik oleh Halimah pagi tadi.

· Baju itu telah dibeli oleh bapa di Kota Bharu.

Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Cakap Ajuk

Ayat cakap ajuk ialah ayat yang diujarkanoleh pihak pertama . Ayat cakap ajuk disebut juga sebagai ayat dialog,iaitu ayat yang ditiru daripada apa-apa yang dituturkan oleh penutur asal.

Contoh Cakap Ajuk

· “Apa khabar sekarang?”tanya Ramli kepada Sudin.

· “ Di manakah rumah ramu?” tanya Linda kepada Aznil.

· “Jangan kamu hampiri orang gila itu,dia sungguh merbahaya”kata Milah kepada adiknya.

Cakap Pindah

Ayat yang telah ditukarkan kepada ayat penyata iaitu yang diujarkan oleh pihak ketiga dan disampaikan oleh orang lain.

Contoh cakap pindah

· .Ramli bertanyakan khabar keadaan Sudin sekarang.

· Linda bertanyakan kepada Aznil di manakah letaknya rumahnya.

· Milah menginggatkan adiknya supaya jangan menghampiri orang gila itu kerana orang gila itu sungguh merbahaya.

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

“Kamu mesti berada di sini tepat pada jam 3.00 petang”kata Mira kepada Azman.

Mira meminta Azman di situ tepat pada jam 3.00 petang.

“Mengapakah kamu tidak datang semalam?”tanya Mira kepada Azman

Mira bertanyakan kepada Azman sebab dia tidak datang semalam

Puan Salma bertanya kepada doctor,”Apakah sebenarnya penyakit yang saya alami?”.

Puan Salma bertanya kepada doktor mengenai penyakit yang dia alami selama ini.

“Cis,Jebat derhaka ,turun kau untuk bertikam denganku”,kata HangTuah kepada Jebat.

Hang Tuah mencabar Hang Jebat supaya turun untuk bertikam dengannya.

Ayat Susunan Songsang dan Ayat Susunan Biasa

Dalam bahagian ini soalan yang akan dikemukakan munkin juga teriri daripada soalan yang menghendaki pelajar menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa . Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang diikuti oleh bahagian predikat selepasnya.

Ayat susunan songsang pula ialah ayat yang mempunyai susunan yang berlawan dengan ayat susunan biasa,iaitu ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti oleh subjek selepasnya. Ayat sonsang sebenarnya ayat yang gramatis juga Yang berbeza dengan susunan biasa adalah dari segi penekannya. Jika bahagian predikatnya dipentingkan maka bahagian predikat itu di kedepankan dalam ayat berkenaan.Kebanyakan jenis ayat dapat disongsangkan.Lihatlah contoh-contoh yang terdapatdalam jadual di bawah ini:

Jenis ayat

Ayat susunan biasa

Ayat susunan songsang

Ayat penyata

Dia terduduk di situ.

Terduduk di situ dia.

Ayat perintah

Kamu keluar.

Keluar kamu.

Ayat Tanya

Pegetua kamu siapa?

Siapakkah pengetua kamu?

Ayat pasif

Surat itu saya tulis.

Saya tulis surat itu.

Emak termenung di situ.

Termenung emak di situ.

Kamu keluar dari sini.

Keluar kamu dari sini.

Siapakah yang datang semalam ?

Yang datang siapa semalam?

Surat itu saya tulis minggu sudah.

Saya tulis surat minggu sudah.

Menggabung dan Memisahkan Ayat

Bahagian ini bertujuan untuk menguji kemampuan pelajar dalam kemahiran menyambungkan dan memisahkan ayat.

Dalam aspek menyambungkan ayat,pelajar dikehendaki menyambungkan ayat- ayat tunggal yang diberikan supaya menjadi ayat majmuk.Dalam aspek memisahkan ayat pula pelajar dikehendaki memisahkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal

Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk gabungan dan ayat

majmuk pancangan .

Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan atau ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,serta,tetapi,sambil,dan sebagainya

Contoh Pisahkan Ayat

1.Salmi dan Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Ehsan, Kepong.

· Zaki belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan,Kepong.

· Salmi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan ,Kepong.

2.Emak membeli sayur,ikan kerang dan sotong di pasar.

· Emak membeli sayur di pasar.

· Emak membeli ikan di pasar.

· Emak membeli kerang di pasar.

· Emak membeli sotong di pasar.

3.Masdor memakai baju Melayu warna kuning dengan kain samping yang berwarna hitam.

· Masdor memakai baju Melayu yang berwarna kuning.

· Masdor memakai kain samping yang berwarna hitam.

· Masdor memakai baju Melayu.

SEKOLAH MEN. KEB.

KUBANG KERIAN 1,

KOTA BHARU

KELANTAN

BAHASA MELAYU SPM

KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR DALAM TATABAHASA