Sunday, January 31, 2010

KESANTUNAN BAHASA

KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang semasa berkomunikasi samada secara lisan atau tulisan dengan seseorang.
Bahasa yang digunakan pula mengandungi adab yang tertib,sopan, dan mengandungi nilai² hormat yang tinggi.
Bahasa yang sopan mempunyai kosa-kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pesanan pada seseorang.
Ciri-ciri kesantunan berbahasa.
Ciri-ciri kesantunan berbahasa dalam bahasa melayu dapat di tinjau drp dua aspek iaitu;
Penggunaan bahasa halus
Penggunaan kata ganti nama,gelaran dan bentuk sapaan.
Aspek² Kesantunan
Aspek ini jelas dapat dilihat dalam bentuk sapaan.
Digunakan untuk rujukan kehormat,kata ganti nama dan kata gelaran sama ada gelaran warisan, gelaran kurniaan,gelaran jawatan, gelaran keagamaan,gelaran akademik atau gelaran pergaulan.
Dalam bahagian ini,aspek kesantunan bahasa yang dibincangkan ialah:-

Kata ganti nama diri
Gelaran
Ungkapan bertatasusila
KATA GANTI NAMA DIRI.
Bermaksud perkataan yg di gunakan untuk merujuk kepada seseorang.
Penggunaan kata ganti nama juga berkait rapat dgn bentuk sapaan.
Kata ganti nama terbahagi kepada tiga iaitu;
Kata ganti nama diri pertama.~saya,kita,patik,beta.
Kata ganti nama diri kedua.~awak,kamu anda,kalian.
Kata ganti nama diri ketiga.~dia,mereka,beliau dan nya.
Berikut merupakan contoh penggunaan kata ganti nama diri bagi diri pertama,kedua,ketiga berserta penggunaan situasi penggunaannya;
Contoh kata ganti nama.

Kata ganti nama berkait rapat dengan bentuk pangilan,kerana dengan Penggunaan kata ganti nama diri ia dapat menunjukan penuntur menghormati dan memuliakan seseorang.
Kata ganti nama pula dapat di bahagikan kepada dua iaitu;
Kata ganti yang melibatkan bahasa di raja.
Kata ganti yg melibatkan bahasa biasa biasa atau bahasa orang kebanyakan.


Penggunaan bahasa halus(bahasa di raja)
Dalam bahasa melayu,penggunaan bahasa ini berlaku apabila salah seorang penuntur itu bertutur dgn kerabat di raja.
Penggunaannya pula terdapat unsur arabdan ungkapan bertatasusila.
Dalam bahasa di raja,semua pembendaharaan kata dan ungkapan yg di gunakan bertujuan utk memberikan penghormatan kepada golongan tersebut.
Ungkapan rutin pula bermaksud ungkapan kekal dan tidak berubah yg sering di guna dalam bahasa di raja.
Pembendeharaan kata leksis pula merujuk kpd kosa kata yg di gunakan khusus utk memberikan taraf yg tinggi kpd raja.Antara kosa kata ini termasuklah menjunjung kasih (terima kasih) ampun (maaf) dan sbgnya.

Contoh;
Ungkapan rutin
~“Ampun tuanku,beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun,patik pancar yang hina ingin menghadap kebawah duli tuanku.Ampun tuanku.”
Ungkapan ini bukanlah menunjukan seseorang itu bersalah, lalu memohon ampun tetapi ingin menunjukan penghormatan yg tinggi dan sopan kpd raja.

Penggunaan kata ganti diri nama yang lain.
Selain kata ganti nama diri yg di senaraikan,terdapat juga kata ganti nama yg menjadi rujukan halus utk orang yg telah meninggal dunia,iaitu;
Almarhum=kerabat diraja lelaki.
Almarhumah=utk kerabat di raja perempuan.
Allahyarham=utk lelaki islam.
Allahyarhamah=utk perempuan islam.
Mendiang=utk lelaki @ perempuan bukan islam.
Penggunaan bentuk bentuk sapaan.
Selain kata ganti nama diri yg di senarai,penggunaan bentuk sapaan juga penting dalam kesatunan berbahasa.Oleh itu,bentuk sapaan mesti berpadanan dgn kedudukan atau taraf seseorang.
Jadual berikut menunjukan bentuk sapaan yg sesuai dgn kedudukan orang yg di sapa;

Penggunaan Gelaran
Penggunaan gelaran dalam bahasa melayu boleh di bahagi kpd beberapa katogeri iaitu gelaran kekeluargaan, gelaraan pergaulan biasa tak bersahaja (formal), gelaran warisan dan keagamaan.
Gelaran Kekeluargaan
Gelaran kekeluargaan pula terbahagi kepada dua iaitu;
Nama keluarga asas.
Jenama keluarga.
Nama keluarga asas.
Gelaran ini di gunakan berdasarkan pemilihan umur,pangkat dalam sistem kekeluargaan spt berikut;
Jenama kekeluargaan
Jenama kekeluargaan terbahagi kepada jenama kekeluargaan pertalian darah dan jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan.
Jenama kekeluargaan pertalian darah boleh di wakili oleh kata spt;
Along~utk anak pertama.
Angah~utk anak kedua.
Alang~utk anak ketiga.
Busu~utk anak bongsu.

Apabila jenama ini di gabungkan dgn nama kekeluargaan asas, maka terhasillah gelaran spt berikut;
Pak Long dan Mak Long.
Pak Ngah dan Mak Ngah.
Pak Lang dan Mak Lang.
Pak Su dan Mak Su.
Jenama ikatan perkahwinan di wakili oleh kata menantu,mentua,ipar di samping besan dan biras.

Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja(formal)
Dalam pergaulan tak bersahaja, gelaran ini di gunakan apabila terdapat sekatan sosial tertentu iaitu sekatan pangkat(kedudukan sosial) atau hubungan yg belum rapat.

Berikut merupakan gelaran pergaulan tak bersahaja yg boleh di gunakan ;

Gelaran atau pangilan kehormat
Dalam pergaulan dgn masyarakat yg lebih besar,pangkat dan status merupakan faktor penting dlm menentukan bahasa sapaan yg di gunakan.
Bahasa yg di gunakan hendaklah mempunyai unsur sopan,hormat, dan budi bahasa yg tinggi.Gelaran atau pangilan kehormat berdasarkan pangkat ataupun meliputi;
Gelaran keturunan
Gelaran anugerah
Gelaran ikhtisas.

Gelaran Warisan.
Gelaran warisan di sebut juga gelaran keturunan.Terbahagi kpd 4 jenis,iaitu;
►Gelaran warisan drp raja-raja.
Contoh;Raja=Perak,Selangor.
Tunku/Ungku=Johor,Kedah.
►gelaran warisan drp keturunan orang besar-besar.
Contoh;Abang =sarawak.
Datu=sabah
►Gelaran drp keturunan Nabi Muhamad s.a.w.
Contoh;Syed,Syaid,
►Gelaran warisan yg berada di luar malaysia
Contoh;Raden=Jawa,Sultan=Arab


Gelaran kurnian ikhtisas.
Di perolehi sebagai hasil kejayaan seseorang dalam bidang akedemik atau ikhtisas.contoh;
Gelaran keagamaan.
Gelaran ini biasanya di kurniakan kepada orang yg beragama islam seperti orang yg menunaikan fardhu haji dan orang yg berpengetahuan dalam bidang agama.contoh;
Haji @ hajah=utk lelaki @ perempuan yg menunaikan fardhu haji di Mekah.
Lebai=utk lelaki yg berpengetahuan dlm bidang agama islam.
Gabungan gelaran
Gabungan kurniaan kerajaan,warisan dan ikhtisas mestilah mendahului semua gelaran lain.Contoh;
Kekeluargaan+keagamaan=Mak Haji,Pak Haji.
Pergaulan tak bersahaja + keagamaan=Tuan Haji.
kekeluargaan+warisan=Pak Ungku.
Warisan+Keagamaan=Tengku Hajah Hermayantie,Raja Haji Alimin.
Kurnian kerajaan+ikhtisas+warisan+keagamaan=Tan Sri Profesor Raja Haji Osman.


Ungkapan Bertatasusila.
Bermaksud ungkapan yg santun atau sopan yg di ucapkan oleh seseorang dalam berkomunikasi.
Penggunaan bahasa yg sopan ini penting agar tidak menimbulkan kegusaran,rasa tidak selesa kepada pendengar dan dapat menunjukan sifat keperibadian si penuntur.
Berikut merupakan beberapa contoh ungkapan yg di angap sopan.misalnya;

5 comments: